TEKS UCAPAN Y. B. DATO’ SERI SANUSI JUNID Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar semasa merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Shamelin Berhad 27 Disember 1981, di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor.
Bissmillahirrahmanirahim.
Bissmillahirrahmanirahim.
Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Yang mulia ibu dan bapa saya yang turut hadir sebagai penyokong Shamelin,
Saudara Pengerusi Majlis,
Saudara – saudara pemimpin dan ahli-ahli Shamelin yang dihormati.
Hari ini ialah hari yang bersejarah bagi Shamelin, malah inilah perjumpaan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana koperasi dalam sejarah negara sejak Parameswara mendarat di Melaka. Pada hari ini kita dapat merenung semula pengalaman Shamelin sejak ditubuhkan pada 13hb. April, 1971.
Banyak sudah pengalaman Shamelin sejak ianya ditubuhkan 10 tahun yang lalu.
Hingga hari ini ada orang yang berfikir Shamelin sudah tiada lagi. Ada yang mengatakan ianya telah mati tanpa kubur. Ada yang mendoakan semoga Shamelin akan hidup semula, tetapi ada juga yang mengharapkan semoga ianya tidak hidup lagi.
Walaupun apapun jua fikiran, pandangan dan harapan yang ada pada ahli dan orang ramai adalah nyata Shamelin masih ada, masih bernafas malah sudah menjadi segar bugar untuk bangun tegak semula di tengah-tengah masyarakat, setelah dihempas gelombang dan ribut taufan dunia perniagaan yang kejam, yang tidak tahu simpati atau bekas kasihan.
Pada hari ini ahli-ahli Shamelin yang berhenti tabah dan suci harus bersyukur dan merasa gembira kembali. Bagi yang sudah pudar semangat, doakanlah agar semangat itu membakar terus dan bagi yang sudah patah hati moga-moga terasa seolah-olah dihidupkan kembali.
Bagi yang sudah berputus asa dan merasai bahawa Shamelin telah mati, saya berharap perasaan gundah itu akan terubat bersama kemeriahan peristiwa hari ini, malahan peristiwa ini akan mengobarkan semangat mereka supaya sanggup untuk terus berjuang lagi.
Di hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ingatan Shamelin kepada pejuang-pejuangnya yang tidak ada bersama untuk mendengar berita baik mengenai koperasi yang telah mereka tubuhkan bersama. Mereka yang berjasa pada Shamelin telah pergi meninggalkan kita semua, mereka pergi untuk tidak kembali lagi.

DIHEMPAS BADAI DILAMBUNG GELOMBANG

SEJARAH